Monday, July 9, 2012

Pusat Daerah Rembau Bawah 11 & Bawah 12 tahun Cipta Sejarah dalam Karnival Program Pembangunan Bolasepak YNS 2012

Tahniah kepada Pusat Daerah Rembau
Dua pasukan Pusat Daerah Rembau bawah 11 dan 12 tahun cipta sejarah buat pertama kali layak ke separuh akhir Karnival Program Pembangunan Bolasepak YNS/PBNS/JPNS 2012 pada 7 & 8hb Julai yang berlangsung di Padang SM KGV.


Pasukan bawah 11 tahun yang diwakili oleh SK Pedas berjaya mara ke perlawanan akhir apabila berjaya menewaskan pasukan dari Pusat Daerah Jempol 1-0 dalam peringkat separuh akhir namun sekadar muncul naib johan apabila tumpas kepada pasukan KLIA dalam perlawanan akhir.


Sementara itu hajat pasukan bawah 12 tahun yang diwakili oleh SK Undang Rembau untuk melayakkan diri ke perlawanan akhir tidak kesampaian apabila mereka tewas tipis 0-1 kepada Pusat Daerah Tampin. 


Namun mereka berjaya merampas kedudukan tempat ketiga selepas berjaya membenam Pusat Daerah Port Dickson 3-1 dalam perlawanan penentuan bagi menentukan tempat ke-3 & keempat. Ianya sekaligus menebus kekalahan awal 0-1 dalam peringkat kumpulan.


Sebelum itu dalam peringkat kumpulan SK
Undang Rembau tumpas 0-1 kepada pasukan yang sama


Rekod pencapaian kedua-dua buah pasukan
Pusat Daerah Rembau bawah 11 & 12 tahun
adalah merupakan pencapaian terbaik Pusat
kali ini.


Pada tahun 2011 pencapaian pasukan bawah 12 tahun sekadar menduduki tangga
pasukan keempat terbaik dan bawah 11 tahun menduduki tangga ke-6.