| MB temui wakil Pengetua SK Undang Rembau |
PAROI : 18 April – ‘ Melentur buluh biar dari rebungnya’, inilah bidalan yang ingin diterjemahkan oleh Menteri Besar bagi merealisasikan mahu melihat anak-anak Negeri Sembilan menjadi bintang dalam berbagai bidang sukan pada masa depan.
Memberi contoh perkembangan bolasepak di era terdahulu yang mana setiap pasukan negeri diwakili sepenuhnya oleh anak jati tempatan, Dato Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan merasakan ianya perlu diterapkan semula dan amat yakin para pemain tempatan akan lebih komitmen juga bertanggung jawab memperjuangkan semangat pasukan untuk menjaga nama negeri sendiri.
Memberi contoh perkembangan bolasepak di era terdahulu yang mana setiap pasukan negeri diwakili sepenuhnya oleh anak jati tempatan, Dato Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan merasakan ianya perlu diterapkan semula dan amat yakin para pemain tempatan akan lebih komitmen juga bertanggung jawab memperjuangkan semangat pasukan untuk menjaga nama negeri sendiri.
Sehubungan itu Yayasan Negeri Sembilan telah melakukan inisiatif awal melaksanakan ‘Program Pembangunan Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan’ dan dilancarkan oleh Menteri Besar di Kompleks Sukan Negeri Paroi, petang tadi.
Bertujuan mencungkil serta melahirkan seberapa ramai pemain muda yang berbakat di negeri ini dan melibatkan empat peringkat umur iaitu dibawah 10 tahun, 12 tahum, 15 tahun juga 18 tahun.
Pada peringkat awal pemilihan, urus setia program telah berjaya mengumpulkan 284 pasukan yang melibatkan seramai 5,112 pemain bakat muda dari seluruh Negeri Sembilan.
13 buah sekolah rendah dan tiga sekolah menengah telah dipilih sebagai ‘Sekolah Tunas Harapan PBNS’ bagi menempatkan para pemain bakat muda ini yang berfungsi sebagai ‘Pusat Latihan’ serta akan dilatih oleh jurulatih bertauliah yang dilantik oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan.
Program dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan ini turut mendapat sokongan penuh dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Menteri Besar menegaskan, peranan ibu bapa juga amat penting dengan memberi segala galakan juga sokongan terhadap perkembangan minat anak-anak dalam apa jua bidang sukan.
Bidang sukan kini boleh memberi kejayaan serta dijadikan kerjaya serta mampu memberi gaji lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh serta disiplin yang tinggi.
Hadir sama, Dato’ Abdul Halim Hj. Abdul Latif, Pengerusi Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan dan Tuan Abdul Halim Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan - Sumber N9 kini.com
No comments:
Post a Comment