Sunday, July 24, 2011

DAERAH REMBAU DI TANGGA KEEMPAT BAWAH 12 TAHUN

KARNIVAL Bolasepak Program Pembangunan Bolasepak Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama PBNS dan JPNS buat kali pertama diadakan pada 22hb - 24hb Julai yang berlangsung di Padang MPS semalam menyaksikan pasukan Daerah Rembau berjaya menduduki tangga keempat.


Daerah Rembau Bawah 12 Tahun
Bagi pasukan bawah 12 tahun keputusan secara keseluruhan agak memberangsangkan walaupun pasukan ini dikejutkan dengan kekalahan besar 7-1 dalam perlawanan pertama ketika bertemu dengan pasukan daerah Seremban.
  

Bagaimanapun pemain berjaya bangkit untuk mencatat tiga kemenangan selepas itu ketika bertemu pasukan Daerah Jelebu 3-0, PBNS 4-0 dan Daerah Kuala Pilah 2-1. Bagaimanapun pasukan ini tumpas 3-2 ketika bertemu Daerah Port Dickson.







                            KEPUTUSAN BAWAH 12 TAHUN
PASUKAN

PASUKAN
DAERAH REMBAU  ( 1 )
LWN
DAERAH SEREMBAN  ( 7 )
DAERAH REMBAU  ( 3 )
LWN
DAERAH JELEBU        ( 0 )
DAERAH REMBAU  ( 0 )
LWN
DAERAH JEMPOL       ( 0 )
DAERAH REMBAU  ( 4 )
LWN
PBNS                           ( 0 )
DAERAH REMBAU  ( 2 )
LWN
PORT DICKSON          ( 3 )
DAERAH REMBAU  ( 2 )
LWN
DAERAH K. PILAH       ( 1 )
DAERAH REMBAU  ( 1 )
LWN
DAERAH TAMPIN        ( 1 )

Secara keseluruhan pasukan Bawah 12 tahun berjaya menduduki tangga keempat dari lapan buah pasukan yang bertanding dengan mengumpul 11 mata dibelakang Daerah Port Dickson, Daerah Seremban dan Daerah Jempol yang muncul buat kali pertama juara Karnival kali ini. 


Dalam karnival ini juga pasukan Daerah Rembau berjaya menghasilkan 13 gol dan bolos 12 gol. Pemain Daerah Rembau Syahmi bertindak cemerlang apabila berjaya menghasilkan 6 gol dengan lima jaringan beliau menerusi sepakan percuma.

Setiap pemain berjaya mempamerkan semangat berpasukan yang amat membanggakan apabila berjaya bangkit selepas dibelasah teruk pada perlawanan pertama dengan menunjukkan perwatakan yang jauh berbeza sehingga membuatkan kami dipihak kejurulatihan yakin pasukan ini mampu mencipta kejayaan dan mampu untuk mara lebih jauh dimasa akan datang. 


Sementara dalam pertandingan bawah 10 tahun pasukan ini berjaya menduduki tempat kelima hasil dari 2 kemenangan, 2 seri dan 2 kalah. Bagaimanapun kami dipihak kejurulatihan yakin skuad ini mampu untuk meningkat lebih jauh dimasa akan datang. 
Daerah Rembau bawah 10 Tahun



KEPUTUSAN BAWAH 10 TAHUN

PASUKAN

PASUKAN
DAERAH REMBAU  ( 2 )
LWN
DAERAH SEREMBAN ( 1 )
DAERAH REMBAU  ( 1 )
LWN
PBNS 1                        ( 3 )
DAERAH REMBAU  ( 0 )
LWN
DAERAH JEMPOL       ( 2 )
DAERAH REMBAU  ( 1 )
LWN
PBNS 2                        ( 1 )
DAERAH REMBAU  ( 3 )
LWN
PORT DICKSON          ( 2 )
DAERAH REMBAU  ( 0 )
LWN
DAERAH K. PILAH       ( 0 )
DAERAH REMBAU  ( 1 )
LWN
DAERAH TAMPIN        ( 2 )
                       

No comments:

Post a Comment