Sunday, July 24, 2011

DAERAH REMBAU DI TANGGA KEEMPAT BAWAH 12 TAHUN

KARNIVAL Bolasepak Program Pembangunan Bolasepak Yayasan Negeri Sembilan dengan kerjasama PBNS dan JPNS buat kali pertama diadakan pada 22hb - 24hb Julai yang berlangsung di Padang MPS semalam menyaksikan pasukan Daerah Rembau berjaya menduduki tangga keempat.


Daerah Rembau Bawah 12 Tahun
Bagi pasukan bawah 12 tahun keputusan secara keseluruhan agak memberangsangkan walaupun pasukan ini dikejutkan dengan kekalahan besar 7-1 dalam perlawanan pertama ketika bertemu dengan pasukan daerah Seremban.
  

Bagaimanapun pemain berjaya bangkit untuk mencatat tiga kemenangan selepas itu ketika bertemu pasukan Daerah Jelebu 3-0, PBNS 4-0 dan Daerah Kuala Pilah 2-1. Bagaimanapun pasukan ini tumpas 3-2 ketika bertemu Daerah Port Dickson.





Tuesday, April 19, 2011

MB LANCAR PROGRAM PEMBANGUNAN BOLASEPAK YNS

MB temui wakil Pengetua SK Undang Rembau
PAROI : 18 April – ‘ Melentur buluh biar dari rebungnya’, inilah bidalan yang ingin diterjemahkan oleh Menteri Besar bagi merealisasikan mahu melihat anak-anak Negeri Sembilan menjadi bintang dalam berbagai bidang sukan pada masa depan.

PROGRAM PEMBANGUNAN BOLASEPAK YNS DILANCARKAN

Barisan skuad pusat SK Undang Rembau
DALAM usaha memastikan Negeri Sembilan tidak ketandusan pemain bola sepak berbakat dan mampu menggalas cabaran pasukan negeri pada masa depan, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) bersama Yayasan Negeri Sembilan (YNS) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), melancarkan Program Pembangunan Bola Sepak (PPBS) membabitkan kategori bawah 10, 12 dan 18 tahun.